Top Ad unit 728 × 90

Cawan itu Sudah Penuh?


Pernah tengok cawan yang penuh dengan air bandung?

Atau cawan yang penuh dengan teh Lipton?

Cuba tuang lagi air dalam cawan yang penuh tu. Mestilah tumpah. Apa punya soalan..
Ya! Itu common sense..ada lagi yang tak tau ke?

Begitulah analogi dalam kehidupan seharian. Diibaratkan cawan tu macam MINDA kita dan air tu seperti ILMU kita. 

Ok. lebih jelas lagi begini..

Cuba bayangkan, kita bersungguh-sungguh pergi ke ceramah Ustaz Azhar Idrus, orang kata dia femes? Maka, berbekalkan semangat yang menjulang awan komulonimbus, kita berjalan kaki ke masjid untuk mendengar kuliah UAI. Sampai sahaja di sana, kita mengeluarkan buku catatan. 
Namun, apa yang ditulis bukanlah ilmu yang disampaikan, tapi hujah-hujah anda terhadap kata-kata UAI! Kita mencari dan menyelongkar kesalahan-kesalahan UAI. Uhh..ustaz ni banyak kutuk, ustaz ni banyak gelak, ustaz ni..dan itu. Kita memenuhkan minda kita dengan ilmu-ilmu sebelum ni dengan tujuan nak menangkis hujah-hujah UAI.

Bayangkan pula, kita berkereta menuju ke ceramah perdana Dr Asri Zainul Abidin. Menahan sabar terperangkap dalam kesesakan bandaraya KL. Berpanas-panas kerana air cond tak bayar rosak. Sampai sahaja di lokasi ceramah, kita mengambil tempat paling hadapan. Samsung Galaxy Tab 10.1 dikeluarkan untuk menyalin isi-isi DrMAZA. Namun, semasa ceramah berlangsung, kita sibuk juga mencatat hujah-hujah untuk menyalahkan pandangan-pandangan DrMAZA. Ustaz ni serius memanjang, asyik-asyik ini tak ada dalil, itu tak ikut sunnah, semua bidaah, tak pro politik..dan itu dan ini..

Cukuplah dua contoh yang diberikan..nak lagi? Belanja burger dulu.

Apa kaitan dengan cawan yang penuh dengan 2 contoh itu, bro? Cis!

Ok..relek2. Jangan pukul saya abang akak..

Begini, apa salahnya apabila kita pergi menuntut ilmu di mana-mana sahaja, berbincang dengan kawan, berdebat dalam mesyuarat dan menadah pengajian daripada pensyarah, kita menganggap bahawa kita tidak punya ilmu. Kita menerima dahulu apa yang diperkatakan, reda dengan isi-isi yang disampaikan sehinggalah mereka menghabiskan bait-bait perkataan.

Kemudian, barulah kita kaji semula isi-isi yang disampaikan. Adakah menepati 2 sumber agung kita? Adakah menepati kefahaman kita selama ni? Kalau bersalahan dengan apa yang kita fahami, adakah terus ditolak mentah-mentah tanpa perlu dikaji, dia atau kita yang salah?

Kadang-kadang dalam berbeza pendapat ni, yang berbeza itu sedikit sangat, yang lain-lain tu banyak taksub(ikut-ikutan)... Sedangkan kita banyak persamaan. Apabila berlapang dada, maka bolehlah menimba ilmu dengan lebih baik dan banyak lagi.

Jangan kita merasa cawan (ILMU) kita dah penuh, kerana ilmu luar itu pasti tak boleh masuk lagi. Rugi! 

Cawan yang penuh pasti tidak boleh diisi lagi.

kan tumpah!

Diriwayatkan daripada Imam Muslim, bahawa Nabi Muhammad pernah berkata:


الكبر بطر الحق وغمط الناس 
(Sombong itu menolak KEBENARAN dan MENGHINA orang lain)


Cawan itu Sudah Penuh? Reviewed by KID on 3/24/2014 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by RX12: Official Website © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.