Top Ad unit 728 × 90

Apa Selepas Pharmily Day '14 dan Trip to Bukit Panorama?

"Weyh paan, aku sayang kau..", "sayang kau"

Bukanlah kebiasaan bila mana seorang lelaki meluahkan kata sebegini dengan tiba-tiba, hadir dan berjumpa semata-mata demi menyatakan apa yang ada dalam hatinya. Perkara sebegini tidaklah aku rasai selalu di sekolah, namun sejak di Darul Quran, ini perkataan biasa diucapkan sehinggalah sesampainya belajar di UIAM. Dalam keadaan berdua, si sahabat A nyatakan sayangnya pada sahabat B sambil menepuk belakang badan, meninggalkan bekas di dalam hati, "oh, hari ini kawanku sayangkan aku!"

Makanya, timbul persoalan, apa yang telah hadir di hati kawan itu sehingga kata - katanya berbekas di hati, melahirkan cinta yang mendalam terhadap aku.

Photo Credit: Amalina Yusof

Ukhuwah, Friendship, Sahabat atau yang sama waktu dengannya

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara" (al-Hujurat: 10)

Ukhuwah. Persaudaraan atas iman. Mustafa al-Maroghi menyebut ikhwah itu bermaksud persaudaraan senasab, seayah, seibu yang mana ayahnya Islam dan ibunya Iman. Nah! Kita serahim kawan! Malah perkataan ikhwah itu lebih kuat dari perkataan ikhwan yang bermaksud persaudaraan dalam persahabatan. 

"Seorang mukmin dengan mukmin yang lain adalah saudara, ikhwah dalam agama, dan dihimpunkan dalam asal yang satu, yakni Iman", kata Dr Wahbah al-Zuhaili. Malah dalam ayat di atas, perkataan "innama" bermaksud pengkhususan, hanyasanya, menafikan keberadaan yang lain, mengecualikan yang lain, yang membawa maksud besar, memberi makna "tiada persaudaraan, tiada ikhwah kecuali di antara orang-orang yang beriman"

Ya, Iman. Iman itu tunjang pada persaudaraan yang boleh membawa pada kekalnya persahabatan. Kerana friendship berlandaskan imanlah menyebabkan kawan kita sayang kita ketat2. Kerana persahabatan berlandaskan imanlah, ia berbekas di hati. Kerana hati kita Allah yang jaga. Kerana berkawan atas dasar imanlah kita semua berjanji untuk masuk ke syurga bersama. Kerana persaudaraan atas imanlah, Saidina Abu Bakar sanggup memerdekakan Bilal bin Rabah meskipun ianya bernilai 100 uqia walaupun Umayyah bin Khalaf meletakkan harga 10 uqia!

Apa selepas Pharmily Day '14 dan mendaki Bukit Panorama?

Photo Credit: Amalina Yusof

Apa yang anda dapat selepas mendaki Bukit Panorama? Adakah sekadar letih, berseronok bersama kawan2, mengisi lapang di hujung minggu atau dapat makan2 di rumah Hanin? Bagaimana dengan Pharmily Day '14? Bersengkang mata, mengorbankan waktu study, mengeluarkan belanja yang besar demi menjayakan program. Apa yang anda dapat kawan? Adakah sekadar meningkatnya kemahiran anda dalam mengendalikan program? Adakah sekadar seronok dapat nombor kawan - kawan berlainan jantina atau curi- curi ambil gambar buah hati kita? 

Kawan, panjangkan lagi persahabatan anda. Jauhkan lagi ke satu tahap supaya ia berlandaskan iman! Supaya ianya berlandaskan agama. Kerana itu, anda tidak akan mudah makan hati bila ada yang menegur kesalahan anda. Kerana itu, ramainya kawan mengajak berubah menjadi baik bersama. Semuanya kerana kita mahu masuk syurga bersama. Persahabatan atas dasar iman itu sehingga satu tahap, geram pada kawan, rasa nak gigit! Percayalah! Malah dalam satu hadith, antara golongan yang mendapat naungan Allah pada hari kiamat ialah dua orang sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah!


So bagaimana mahu panjangkan, naikkan lagi taraf persahabatan supaya berlandaskan iman?? Persoalan yang sama2 boleh kita fikirkan. Mungkin cara mudah, masukkan elemen - elemen Islam dalam persahabatan anda. Kaitkan dengan iman dan agama. Jangan risau berkenaan penerimaan kerana ukhuwah itu,persahabatan itu sendiri ada dalam Islam. Ajak kawan - kawan baca al-Qur'an bersama, iftar beramai - ramai, solat berjemaah dan pelbagai lagi. Sebagai akhirnya, suka saya ambil ayat dari surah al-Anfal ayat 63,

"dan Dialah yang mempersatuan hati mereka (orang2 yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Bijaksana."
Rujukan:

  1. Buku "Dalam Dekapan Ukhuwah" tulisan Salim A. Fillah.
  2. Buku "Sejarah 133 Wira Terbilang di Zaman Rasulullah saw" tulisan Dr. Khalid Muhammad Khalid.
Apa Selepas Pharmily Day '14 dan Trip to Bukit Panorama? Reviewed by Farhan Baharuddin on 3/13/2014 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by RX12: Official Website © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.